Thursday, June 21, 2012

Engineer ber 'experiment' #1 - Popia Goreng

Assalamualaikum readers :)

selamat sore korang!! wah wah..mentang-mentang dah masuk dalam bloglist brader dan sista otai selang sehari dah wat entri..hehehehe,,kan dah wat ikrar segala bagai kan..kalau tak penuhi nanti kena sambar kilat pulak,,nauzubillah..!! minta dijauhkan..

haa,,petang semalam aku wat experiment seperti yang aku nyatakan kat title post tu..memang dah lama ngidam nak makan popia goreng tapi lain orang lain versi kan..? jadi aku pun blogwalking dan terjumpa kat blog kak ros

#here goes the ingredients#
kulit popia
udang/isi ayam/daging 
tauge
1 biji telur
carrot
timun
mix vegetables
tauhu goreng 
lada sulah
bawang besar
1. bawang besar dan isi ayam dicincang halus,timun dan carrot dihiris bentuk mancis,tauhu goreng dipotong  kecik bentuk kiub serta pukul telur dalam mangkuk yang lain ( korang boleh jer estimate brapa banyak korang nak guna ek..)

2. tumiskan bawang besar dalam minyak yang panas hingga layu tau..lepas tu masukkan isi ayam,hirisan carrot dan kacau sebati. beberapa ketika kemudian,boleh dah masukkan mix vege..haa,yang nie aku tak letak sebab tak minat. gaulkan semua bahan, dalam kuali yang sama ketepikan bahan-bahan tadi dan curahkan telur,biarkan telur tu masak kemudian korang gaulkan sekali.tapi makesure telur tu hancur ok!

3. and the last step,korang masukkan tauhu,tauge dan hirisan timun..letakkan garam,lada sulah ikut citarasa korang..then,siap..!! sebelum tu makesure inti popia tadi tak berair,kalau berminyak sangat toskan ok..

4. biarkan sejuk then boleh gulung dalam popia dan boleh digoreng dah :)) haa,,guna bancuhan tepung gandum ataupun putih telur sebagai gam..takut terburai pulak isi inti masa goreng..korang boleh wat sos pencecah sendiri ataupun makan guna sos cili life pun sedap gak..

ni masa dah siap gulung..kemetot je kan,,hahaha


kontot pun kontot la,yg penting sodap !

tapi aku tak tipu ek..memang sodap..double thumbs up!! hehehe,,bukan aku nak puji sebab aku yang buat tapi resepi inti ni memang superb..credit tu kak ros..korang pun rajin-rajin usha kat blok akak ni..banyak resepi yang boleh di'experiment'kan..hehehe

# umi puji sodap,adik pun sama..ayah diam tanpa komplen..see? hahaha






2 comments:

amercorner.com said...

singgah sini :D

http://www.amercorner.com/2012/06/segmen-up-follower-tambah-kenalan-part.html

Pecinta pink^^ said...

fuhh..popia..suke:)hee